Usaha Menurut Islam
Menurut ajaran Tuhan, usaha itu ada yang lahir, ada yang batin . Ada yang lahir, ada yang bersifat maknawi. Atau dengan kata-kata lain ada yang bersifat lahir, ada yang bersifat taqwa. Usaha rohani, usaha bersifat batin, usaha untuk mencari taqwa, itu disebut usaha. Ini yang sudah tidak diperkatakan lagi oleh ulama.
Usaha yang bersifat lahir seperti berfikir, mencari ilmu, mencari pengalaman, belajar, mencari kepakaran, bekerja, buat pembangunan dan lain-lain. Usaha lahir ada 2 jenis : yang halal dan tidak halal. Yang sah dan tidak sah. Yang dibenarkan dan yang dilaknat. Yang sah ikut syariat, dengan syarat tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas.
Usaha yang sah ini seseorang yang dia belajar, bekerja, berniaga, cari pengalaman, membangun dan lain-lain, dengan syarat ikut syariat dan tidak meninggalkan perkara asas. Itulah usaha lahir yang sah, yang ikut syariat, yang dibuat oleh orang soleh, tapi belum orang bertaqwa. Supaya usaha lahir yang bernilai dunia itu jadi nilai Akhirat, niatkan kerana Tuhan.
Usaha lahir yang sah yang ikut syariat ini, walaupun berjaya atau tidak, dia dapat pahala. Sebab sesuatu yang bernilai dunia itu sudah ditukar kepada nilai Akhirat. Usaha yang tak sah yang tak ikut syariat, tak fikir halal haram, dia dilaknat. Kalau berjaya berdosa, tak berjaya pun berdosa. Kalau berjaya lagi besar dosanya. Ia dikatakan istidraj, Tuhan jayakan dengan murka, Tuhan jayakan dengan benci, Tuhan jayakan dalam keadaan Tuhan tak redho.

Dalam ajaran Islam, orang yang sungguh-sungguh untuk cari taqwa, dianggap usaha. Ulama sudah tidak bahaskan hal ini, sedangkan dalam Al Quran dan Hadis jelas. Seperti takutkan Tuhan dianggap usaha, cintakan Tuhan dianggap usaha, bertaubat dengan dosa dianggap usaha, takut dengan dosa, berkasih sayang, memberi maaf, meminta maaf, tawadhuk, merendah diri, bekerjasama, bertolak ansur, rasa bertuhan, semuanya dianggap usaha. Berwirid berzikir dianggap usaha. Bila Tuhan nak bagi kejayaan, usaha ini nilainya 90%.
Tapi perlu diingat, dalam mencari taqwa itu, jangan dikaitkan dengan dunia. Misalnya, aku usaha bertaqwa untuk bayar hutang. Hal yang sudah tinggi diturunkan. Yang lain tadi usaha dunia di Akhiratkan. Yang ini jangan, buat usaha taqwa untuk dapat duit, untuk dapat kekayaan. Tidak boleh, sebab taqwa yang sudah mahal itu diturunkan nilainya. Tadi yang dunia, dinaikkan, dijadikan Akhirat.
Usaha taqwa ini merupakan simpanan di sisi Tuhan. Bila kita perlu, minta. Waktu minta tak apa. Tapi waktu buat usaha taqwa itu jangan diniatkan untuk tujuan dunia. Kita tertipu dalam amalan. Di sini nilainya 90%. Sebab itu sejarah sudah menceritakan, dahulu sahabat-sahabat Rasulullah SAW untuk perang, untuk berjuang, untuk pergi dakwah, mereka usaha dulu. Usaha mereka bukan cari duit, bukan cari tenaga, tapi bertaubat, minta ampun, sembahyang malam, takut Tuhan, cinta Tuhan. Itu usaha. Pelik. Orang sekarang bila sebut usaha ia adalah bekerja, cari duit, cari tenaga dan lain-lain.
Usaha Bertaubat, minta ampun, takutkan Tuhan, cintakan Tuhan inilah yang sudah beratus tahun sudah dilupakan umat Islam. Ulama sudah tidak jadikan ilmu lagi, sudah tak berani cakap lagi.
Padahal usaha lahir itu kalau halal, dia berjaya 10% saja. Dia diukur oleh Tuhan sejauh mana kita usaha, sejauh mana kita beri tenaga, sejauh mana kepandaian kita. Itu saja hadnya. Tapi yang usaha taqwa tak. Usaha individu had ini, keluarga lagi besar, daulah, ummah lagi besar. Ini sudah dilupakan umat Islam. Paling baik buat usaha lahir yang sah tadi saja. Itupun tidak banyak, kebanyakan yang pertama, tak kira halal haram, tak kira laknat Tuhan.
Jadi bertolak ansur, takut Tuhan, cinta Tuhan, minta maaf, memberi maaf, rasa bertuhan, rasa kehambaan, dikira usaha. Usaha ini banyak, 90%. Tuhan tunggu bila kita perlu, Tuhan akan salurkan mengikut saiz keperluan, secara individu, jemaah, daulah atau ummah. Jadi dalam Islam, mengusahakan taqwa dianggap usaha bahkan dia bernilai 90%. Cuma Tuhan simpan, bila dia perlu untuk individu, diberi untuk individu, kalau perlu untuk jemaah diberi bertaraf jemaah, kalau perlu untuk daulah diberi bertaraf daulah dan seterusnya ummah. Begitulah di zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh, umat Islam hidup makmur. Bila umat Islam ikut cara penjajah, apa sudah jadi? Bila usaha lahir, walaupun sah halal, cabaran banyak, banyak lawan. Macam mana kita hendak lawan orang kafir. Dari 10% dicabar keadaan, tinggal 1%. Sebab itu umat Islam tak boleh pergi. Usaha yang batin sudah tak dibuat, sudah tak difahami.
Perlu diingat orang yang usaha lahirnya tak fikir halal haram, kalau majupun dianggap istidraj, maka Tuhan lepas tangan, awak buat sendiri, berjaya sendiri. Orang yang berjaya secara istidraj samada secara individu, jemaah, negara, atau lebih besar dari itu, yang jadi haru biru, bergaduh, berkrisis, berperang, macam-macam gejala berlaku. Kejayaan itu tidak seimbang dengan kesusahannya. Macam Amerika menguasai dunia tapi apa sudah jadi? Senang kah? Tak. Begitu juga, orang Islam sekalipun, bila mengikut usaha lahir secara orang kafir, ada juga yang berjaya, tapi keluarga bergaduh. Berjaya, tapi orang kidnap, musuh banyak, banyak orang hasad dengki, hati tak tenang. Berjaya tapi kemudian bunuh diri. Inilah ciri kejayaan secara istidraj.
Usaha secara batin di kalangan umat Islam sudah mati, sudah tertutup, yang tinggal hanya usaha lahir yang sah. Itupun sudah tak ramai yang buat. Kalau dibuat ikut syariat, cabaran banyak, tak boleh pergi juga. Kita sedang berjuang ke arah tadi iaitu usaha taqwa, usaha batin. Bila kita usaha secara batin, bila kita perlu tadah tangan. Bila untuk buka kedai, untuk buat projek, tadah tangan. Itulah kaedahnya. Bertaubat, cinta Tuhan, takut Tuhan, berkasih sayang itu dianggap usaha. Kalau kita berniaga, tapi berhutang, berniaga tak maju, sebab usaha batin tidak ada. Tidak guna lagi hanya berhadapan dengan usaha lahir, padahal usaha lahir kalau ikut syariat pun, untuk lawan kepandaian orang bukan Islam tak boleh. Untuk lawan perniagaan orang bukan Islam, tak boleh.
Kalau sudah berniaga tapi berhutang, tutup, tak payah salahkan orang. Salahkan diri kerana berniaga tak usahakan taqwa. Jadi kita berniaga ini menjadi ukuran, untuk menilai, yang berjaya kenapa?, yang tak berjaya kenapa? Kalau tak niaga, tak buat projek, tak tahu bahawa kita tak boleh nilai. Berniaga tak maju, tutup, berhutang, puncanya kerana kita tak usahakan taqwa.

Jadi taqwa itu satu usaha untuk berniaga, lebih besar dari usaha lahir sekalipun sah ikut syariat. Cuma kalau sudah buat nilai Akhirat, jangan tergelincir ke dunia. Mari kita bertaqwa, untuk buat projek, untuk dapat kedai. Itu tidak betul. Bertaqwa sungguh-sungguh, bila perlu Tuhan datangkan. Macam kita sudah ada `contact` dengan Tuhan, bila perlu minta. Jangan pula tersilap, bila perlu baru buat usaha taqwa, jadi mengecilkan Akhirat. Kalaupun tak salah, ia sudah jadi ilmu khadam, bukan ilmu taqwa lagi. Macam orang yang usaha untuk kebal, jalan diatas api dan lain lain. Tak salah, tapi tak ada nilai Akhirat. Kita ini usahakan taqwa saja. Bila perlu tadah tangan kerana sudah ada perjanjian dengan Tuhan.
sumber : http://kawansejati.ee.itb.ac.id
0 comments:
Post a Comment